Elemen kepala (head) dokumen Unsur HTML

<base />Menetapkan satu URL asas (base) bagi semua href relatif serta pautan lain dokumen. Mesti ada sebelum apa-apa unsur yang merujuk kepada sumber luar. HTML membenarkan hanya satu unsur <base> bagi setiap dokumen. Unsur ini memiliki atribut HTML, tetapi tiada kandungan.Satu versi dibangunkan (sebagai BASE) disebut dalam Teg HTML; dipiawaikan dalam HTML 2.0; masih digunakan.<basefont /> (lapuk)Menetapkan saiz, jenis dan warna fon asas. Digunakan bersama dengan unsur-unsur <font>. Dilapukkan, dan digantikan dengan lembaran gaya.Dipawaikan dalam HTML 3.2; dilapukkan dalam HTML 4.0 Transitional; tidak sah dalam HTML 4.0 Strict.<isindex /> (lapuk)<isindex> mungkin muncul dalam kepala atau badan, tetapi hanya satu dalam sebuah dokumen.<link />Menetapkan pautan ke dokumen lain, seperti pautan sebelum dan seterusnya atau versi alternatif.[4] Satu kegunaan lazim ialah pautan ke lembaran gaya luaran dengan, <link rel="stylesheet" type="text/css" href="url" title="description_of_style">.[5]Satu lagi kegunaan penting (tetapi kurang lazim) ialah memberikan petua navigasi secara konsisten melalui mikroformat. Beberapa hubungan lazim ditetapkan yang mungkin ditampak kepada pengguna melalui antaramuka berbanding secara telus daripada laman web, seperti: <link rel="next" href="url">.Sebuah unsur <head> boleh memiliki seberapa banyak unsur <link /> yang diingini. Unsur ini memiliki atribut HTML, tetapi tiada kandungan.LINK wujud dalam HTML Internet Draft 1.2, dan dipiawaikan dalam HTML 2.0; masih digunakan.<meta />
Rencana utama: Unsur meta

Boleh digunakan untuk menambah metadata tambahan berkenaan satu dokumen seperti pengarang, tarikh penerbitan, tarikh luput, bahasa, tajuk/huraian rencana, kata-kata kunci serta sebarang maklumat yang tidak diberi melalui unsur dan atribut kepala lain. Secara am, sebuah unsur meta menetapkan maklumat-maklumat sulit berkenaan dokumen. Sebilangan unsur meta boleh digunakan, dengan kesemuanya perlu dimasukkan ke dalam unsur kepala. Tujuan-tujuan khusus unsur <meta /> ditetapkan menerusi atributnya. Di luar XHTML, ia secara biasnya ditulus tanpa tanda palang (<meta>) walaupun sebagai unsur kosong.

Dalam satu jenis, unsur <meta /> boleh menetapkan kepala HTTP yang patut dihantar sesebuah pelayan web sebelum konten sebenar. Sebagai contoh, <meta http-equiv="foo" content="bar" /> menetapkan agar halaman diuruskan melalui kepala HTTP bernama foo dengan nilai bar.

Dalam bentuk am, sebuah unsur <meta /> menetapkan atribut HTML nama dan content yang menerangkan aspek-aspek halaman HTML. Untuk mengelakkan ambiguiti, satu atribut ketiga pilihan, scheme, boleh dimasukkan untuk menetapkan satu rangka semantik yang menerangkan makna kunci dan nilainya. Misalnya, dalam <meta name="foo" content="bar" scheme="DC" />, unsur <meta /> menetapkan dirinya mempunyai unsur foo, dengan nilai bar, Rangka Kerja Keterangan Sumber Dublin Core.Dipiawaikan dalam HTML 2.0; masih digunakan.<object>...</object>Digunakan untuk memasukkan objek-objek generik dalam kepala dokumen. Meskipun jarang digunakan dengan unsur <head>, ia boleh digunakan untuk mengambil data berasingan dan disatukan dengan dokumen kini.Dipiawaikan dalam HTML 4.0; masih digunakan.<script>...</script>Boleh digunakan sebagai bekas bagi arahan skrip atau pautan terhadap skrip luaran dengan atribut pilihan src.[6] Juga dapat digunakan dalam badan dokumen untuk menjana suatu konten dalam blok atau sebaris.Dipiawaikan dalam HTML 3.2; masih digunakan.<style>...</style>Menetapkan CSS dokumen, lazimnya dalam bentuk <style type="text/css"> ... </style>.Boleh digunakan bekas arahan penggayaan atau pautan ke lembaran luaran – sebagai contoh, dalam CSS, @import direktif bentuk[7] <style> @import url; </style>Dipiawaikan dalam HTML 3.2; masih digunakan.<title>...</title>Teg ini menetapkan tajuk dokumen. Wajib dalam setiap dokumen HTML dan XHTML. Agen pengguna boleh menggunakan tajuk dalam pelbagai cara, seperti:
  • Pengimbas web lazimnya memaparkannya dalam bar tajuk ketika tetingkap dibuka, dan (di mana mungkin) ketika tetingkap dikecilkan.
  • Ia boleh menjadi nama fail asal ketika laman disimpan.
  • Unsur <title> hanya dapat digunakan sekali dalam satu laman web, dan ketika mencipta satu lagi laman, satu unsur <title> perlu dicipta lagi (satu tag yang sama adalah tidak digalakkan kerana ia akan menimbulkan masalah pada enjin carian).
  • Perayap web pada enjin carian mungkin memberi tumpuan kepada perkataan yang digunakan pada tajuk.
Unsur <title> tidak boleh memiliki unsur lain, dan hanya satu unsur <title> dibenarkan dalam satu dokumen.Wujud dalam HTML Tags, dan dipiawaikan dalam HTML 2.0; masih digunakan.